Saturday, December 15, 2012

Kenduri!

Assalamualaikum..

Fuh!! penat giler hari ni. hari ni ada kenduri kahwin bakal abang ipar & biras. dari semalam sesampai je dari kemaman, terus ke rumah en. tunang, tolong menolong mana yang mampu. awalnya tak ada apa sangat, then bila dah sampai je ayam mentah, saya tolong la basuh ayam. Sumpah! saya tak pernah tolong basuh ayam sebelum ni untuk kenduri kahwin! walaupun dah ramai cousin yang kahwin, tapi saya lebih tumpu pada kerja-kerja dalam rumah dari kerja-kerja di dapur.huhu..hampir satu bakul besar juga la saya tolong basuh, then saya surrender. tak tahan bau hanyir ayam..huhu.. thanks to en. tunang yang sangat memahami, petang & malam bila saya call, dia cakap rest je kat rumah. :)

Tengah hari ni, saya ke kenduri bersama mummy & daddy. makan-makan dulu then, bila mummy & daddy balik, saya terus tolong mana yang mampu. majlis kenduri ni meriah dengan tetamu tak putus-putus datang sampai ke petang. dalam pukul 5, saya tolong closing. susun kerusi, menyapu, bungkus makanan. 

pukul 7 baru dapat rehat. penat tapi happy dapat bersama dengan falimy baru. hehe.. masa nilah boleh kenal saudara en. tunang yang dekat dan jauh.

sekarang, sakit kepala tak hilang-hilang lagi.. uh! macam tak larat nak kerja esok. ih! sebut pasal kerja, sampai hari ni saya belum tahu status saya di JMM. samada sambung kontrak @ kakitangan tetap..huhu.. ok! esok je kita sambung ye..good nite all..


xoxo

HHM

Tuesday, November 6, 2012

Wednesday, September 26, 2012

Satu

bila kita dah jumpa seseorang yang 'melengkapkan' hidup kita..
walau datang 10 orang yang lebih baik pun..
dia tetap pilihan kita..
kita tak sempurna tapi kita saling melengkapi..
seburuk mana pun, dia tetap di hati.
cinta itu pengorbanan..

terima kasih

Sunday, September 9, 2012

Informasi : Susu Soya

Assalamualakum.

Pagi tad buka MukaBuku, adalah seorang kawan yang tag pada saya tentang keburukan kacang soya. Biasanya kita selalu diberitakan tentang kebaikan susu soya terutama untuk ibu mengadung. tapi informasi yang saya terima ni sangat bercanggah. saya tak tahu mana yang benar mana yang salah. jadi, saya kongsikan bersama : 

Antara keburukan kacang soya:-

1.Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2.Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

3.Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

4.FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

5.Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. \ Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
 
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe . Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


6.Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

 
 
 Namun bagi saya setiap kejadian Allah s.w.t pasti ada kebaikkan walaupun sedikit. :)


xoxo

With Love
HHM

Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas
HHM

Monday, July 16, 2012

5 Minit! Tips Hilangkan Stress

Assalamualaikum..

Just Take 5! jangan stresskan diri untuk baca entry ni kalau jiwa anda sedang memberontak. haha.. so, how to reduce stress?

Number 1
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Number 2
Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Number 3
Banyakkan Solat Sunat


Number 4
Selalu berdoa kepada Allah

Number 5
Bersangka baik dengan Allah


Number 6
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Number 7
Amal diet dengan disiplin yang kuat 

Number 8
Menangis dengan sepuas hati

Number 9
Hargai kebolehan diri sendiri 

Number 10
Cintai diri sendiri


Tak susahkan. Semua itu adalah untuk kebaikkan diri kita juga. Enjoy! :D

love,
HHM


Sumber : Klik Sini!

Sunday, July 15, 2012

PB : Long Brassiere


Okey! kali ini saya nak share kelebihan dan ciri - ciri yang ada pada Long Brassiere. JOM! :

1. Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.

2. Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara.

3. Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara.

4. 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5. Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskan lemak yang berlebihan.

6. Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.

7. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

8. 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

Berminat? Cuma SMS / Email kepada saya :

hazira_hm@yahoo.com
012 243 8686